Ladang Tea Ranau, Sabah. Sabah Tea.

Di sabah juga terdapat tarikan istimewa seperti di Cameron Highland. Tarikan itu ialah Ladang Teh. Teh Sabah ialah satu-satunya ladang teh organik di Borneo dan salah satu daripada beberapa ladang seumpamanya di dunia. Oleh yang demikian, ianya telah menjadi tempat menarik di Sabah.

Ladang teh Sabah terletak di kampung Nalapak dalam daerah Ranau iaitu kira-kira 120 kilometer dari bandaraya Kota KinabaluSabah. Lokasi ladang teh ini berada di laluan lebuhraya di antara Telupid – Ranau iaitu selepas persimpangan ke Poring Hot Spring. Ladang teh ini berada di ketinggian 2,272 kaki daripada aras laut dengan keluasan ladang sebesar 6,200 ekar. Kawasan ladang teh ini dikelilingi dengan hutan rimba yang telah wujud sejak 130 juta tahun dahulu. Selain itu, ladang teh ini juga berlatarbelakangkan gunung Kinabalu dan merupakan ladang teh organik tunggal di Malaysia serta menjadi pilihan di dunia.

Datang ke Sabah Teh untuk anda melihat panorama hijau daun teh yang pasti sangat indah dan damai. Anda juga boleh melihat sendiri bagaimana daun teh dipetik dan diproses. Selain itu, anda berpeluang untuk membeli teh sabah dan merasai sendiri air teh di restauran sambil menghirup udara yang segar.

Aktiviti sesuai. Anda boleh mencuba aktiviti riadah yang disediakan. Pelbagai aktiviti riadah  seperti menyeberangi  laluan berhalangan di Kawasan Rekreasi Sapaon, meredah  trek laluan ke Bukit Kamunsu atau meredah malam untuk menyaksikan sendiri kehidupan unik serangga. -Sabah Tea-

Sumber: wikipedia.org, tempatmenarik.my

Perlukan kereta sewa? Homestay? Pakej Percutian Famili?
Call/ wasap: http://www.wasap.my/+60138711975
#kotakinabalustay #kkstay #homestaykotakinabalu #homestaymurahkotakinabalu #keretasewakotakinabalu #keretasewamurahkotakinabalu #jomjalanjalankk #pakejpercutianfamili #carrentalkotakinabalu #kakitravel #sabah #kundasang #ranau #kinabalu #kakitravelmalaysia #travelsabah #johor #melaka #negerisembilan #selangor #putrajaya #kualalumpur #pahang #perak #kelantan #terengganu #pulaupinang #kedah #perlis #sarawak