Jambatan Gantung Tamparuli

Sementara menunggu cstmr berjalan-jalan, bergambar… sedikit info mengenai Jambatan Tamparuli…

Ada kisah tragis di sebalik pembinaan jambatan ini. Menurut cerita, dikatakan pembinaan jambatan Tamparuli pertama dimulakan oleh orang Cina. Binaan asalnya adalah berasaskan kayu dan tali. Jambatan ini dibina dalam keadaan tergantung merentasi Sungai Tamparuli. Namun, jambatan tersebut telah musnah akibat banjir besar yang berlaku sekitar tahun 1930.

Sebagai ganti, kerajaan Biritish pada masa itu telah membina jambatan baru sepanjang 200 meter di tempat yang sama. Jambatan yang dibina pada tahun 1933 ini lebih kukuh kerana dibina menggunakan gabungan simen dan besi.

Dalam proses pembinaan itulah terjadinya kisah tragis bermula dengan kisah percintaan Pegawai British Robinson dan Sulungkoi yg akhirnya dijadikan korban. Itu adalah syarat yang ditetapkan tombuakar supaya korbannya harus ditanam hidup-hidup ke dalam cerucuk jambatan. Untuk mengetahui cerita lebih lajut, anda boleh rujuk iloveborneo.my.

Kisah ini sekadar yg saya tahu.. jika ada silap, harap pm sy utk diperbetulkan…

Perlukan kereta sewa? Homestay? Pakej Percutian Famili?
Call/ wasap: http://www.wasap.my/+60138711975
#kotakinabalustay #kkstay #homestaykotakinabalu #homestaymurahkotakinabalu #keretasewakotakinabalu #keretasewamurahkotakinabalu #jomjalanjalankk #pakejpercutianfamili #carrentalkotakinabalu #kakitravel #sabah #kundasang #ranau #kinabalu #kakitravelmalaysia #travelsabah #johor #melaka #negerisembilan #selangor #putrajaya #kualalumpur #pahang #perak #kelantan #terengganu #pulaupinang #kedah #perlis #sarawak